HENTIKAN PENCEMARAN – SUNGAI LANDSKAP PENTING, NADI KEHIDUPAN MANUSIA

Isu alam sekitar bukanlah merupakan suatu perkara yang asing lagi di negara ini terutamanya isu yang melibatkan pencemaran sungai.

Sungai merupakan sumber alam yang sangat penting untuk kehidupan manusia. Secara keseluruhannya, bumi mengandungi isipadu air yang terdiri daripada 93 peratus air laut, 2.5 peratus air bawah tanah, dua peratus sebagai litupan ais dan kurang daripada satu peratus merupakan air kepada sumber alam semula jadi yang wujud sebagai sungai, tasik, kolam dan air lembapan. Sungai merupakan sumber alam yang penting dari segi sumbangannya kepada kehidupan manusia dan pembangunan negara. Hal ini kerana sungai adalah nadi sumber semula jadi yang membekalkan air bagi keperluan domestik, bekalan air pertanian, industri, pengairan, dan penjanaan tenaga hidro elektrik.

Sungai ialah landskap alam dengan pelbagai wajah dan fungsi. Sejak awal kehidupan manusia, sungai menjadi komponen penting dalam kehidupan seharian. Sebahagian besar manusia menjadikan sungai tempat membuang sampah sarap, ada membenci sungai kerana ia sering membanjiri kawasan perumahan dan tanah pertanian mereka.

Komponen sungai sering dicemari secara berterusan hasil daripada aktiviti manusia yang melampaui batas kelestarian, antaranya akibat pelepasan sisa industri secara tidak terawat. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 80 peratus air kumbahan yang disebabkan oleh aktiviti manusia dilepaskan ke dalam sungai atau laut tanpa sebarang penyingkiran pencemaran.

Sungai menjadi landskap tabii binaan Ilahi yang paling penting untuk memberikan perkhidmatan kepada manusia dan hidupan.

Umumnya, pencemaran sungai bukan sahaja menjejaskan kesihatan, malah sumber makanan dan aktiviti ekonomi, peningkatan kos ke loji rawatan air, peningkatan kos untuk memulihkan sungai, kepupusan hidupan akuatik, kemusnahan tempat rekreasi semula jadi, banjir kilat serta terjejasnya aktiviti pelancongan.

Orang dahulu mengenali sifat sungai begini, mereka mempunyai perumpamaan yang menyebut ‘sekali air bah, sekali pasir berubah. Penglibatan aktif masyarakat sangat dituntut dalam melestarikan sungai. Walaupun program kesedaran mencintai sungai sudah lama dilaksanakan, namun dikesali kerana pencemaran sungai masih lagi berlaku.

Pada masa sama, sungai melalui proses perubahan sangat dinamik, dapat dilihat dalam jangka masa kehidupan manusia. Sungai ialah nadi kehidupan manusia. Jika orang dahulu memahami kepentingan sungai kerana bergantung hidup dengan sungai, masyarakat hari ini sudah terpisah dengan sungai kerana keperluan harian mereka dipermudahkan.

Walhal, fungsi dan perkhidmatan sungai kepada manusia tetap sama. Peristiwa banjir, sungai tercemar dan putusnya bekalan air sepatutnya menjadi pengajaran kepada masyarakat betapa pentingnya sungai bagi kehidupan kita. Pengurusan bersifat sektoral pada masa ini tidak dapat menyelesaikan isu kehidupan berkaitan sungai. Pengurusan lembangan sungai bersepadu mungkin cara terbaik mengatasi isu rentas sektor.

Justeru, masyarakat merupakan ejen utama yang dapat membantu kerajaan mengurangkan masalah pencemaran sungai. Usaha menjaga dan memelihara sungai supaya sentiasa lestari adalah berkait dengan soal kesedaran dan sikap komuniti. Jika semua ahli masyarakat bersama menjaga sungai, kita akan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan sihat.

Β Sumber: BERITA HARIAN, SINAR HARIAN, UKN JOURNAL ARTICLE REPOSITORY

Β 

Artikel/Berita Terkini

JOM DAFTAR SEGERA MyDigital ID

Dimana nak daftar MyDigital ID? – Anda boleh rujuk di link berikut: https://www.digital-id.my/ Hai orang Selangor! Haa sekarang ni dah …
Maklumat Lanjut

GIAN

Tahukah kawan-kawan apa yang akan berlaku bila seseorang penagih terputus dari mengambil dadah? Tubuh mereka akan menunjukkan gejala-gejala tertentu. Rasa …
Maklumat Lanjut

APMM TERENGGANU: 111 BOT NELAYAN ASING (RM27.5 JUTA) DILUCUT HAK DAN DILUPUSKAN

Tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak ditenggelamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dijadikan tukun tiruan di sekitar perairan …
Maklumat Lanjut