WASPADA PANGGILAN DARIPADA NSRC

NSRC atau National Scam Response Center adalah pusat panggilan yang berperanan sebagai pusat operasi untuk meyelaras tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian terutama untuk mengesan wang yang telah dipindahkan berpunca kes penipuan melalui kegiatan penyamaran sebagai pegawai NSRC bagi tujuan memperdaya mangsa.

Sejak 1 Januari 2024 sehingga 30 April 2024, pihak PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah membuka sejumlah 49 kertas siasatan berkenaan kes penyamaran sebagai pegawai NSRC melibatkan nilai kerugian RM6,798,548.95. Orang ramai diingatkan bahawa NSRC adalah pusat panggilan yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai dan berbentuk komunikasi sehala sahaja. NSRC tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu.

Pihak PDRM menggesa mangsa-mangsa yang terlibat untuk segera menghubungi NSRC di talian 997 untuk melaporkan insiden yang berlaku dan dinasihatkan panggilan diuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang telah dipindahkan lebih tinggi.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah JSJK

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …