PELAJAR IPT DICEKUP JADI PREBET SAPU

Kegiatan prebet sapu dikesan berleluasa di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Nilai di sini dengan penglibatan pelajar sendiri selain mudah diakses melalui aplikasi Telegram.

Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bermula sekitar 11 pagi di sekitar Nilai di sini hari ini, seramai lima pemandu prebet sapu telah ditahan dengan tiga daripadanya merupakan pelajar.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, modus operandi kegiatan tersebut adalah dengan menerima tempahan bagi setiap perjalanan daripada penumpang melalui aplikasi Telegram yang hanya boleh diakses secara tertutup. Bilangan ahli dalam aplikasi Telegram ini ramai lebih 12,000, kebanyakannya terdiri dalam kalangan pelajar IPT sendiri.

Kadar tambang tertentu akan dikenalan kepada penumpang mengikut jarak perjalanan yang dibuat pada kadar lebih murah.

 

Sumber: Kosmo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …