PENGANGGUR MILIKI 33 REKOD JENAYAH BERJAYA DIBERKAS DI TAWAU

TAWAU (7 Mei):  Polis menahan dua orang suspek lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kes memecah masuk sebuah kedai runcit di kawasan Balung, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, Polis menerima laporan dari pemilik kedai seorang wanita berusia 39 tahun kira-kira pukul 10.35 pagi 26 April lalu. Katanya, menurut laporan mangsa, ketika beliau membuka kedainya mendapati pintu kedai terbuka manakala pemeriksaan secara keseluruhan mendapati beberapa barangan milik mangsa serta wang tunai telah hilang dicuri.

“Polis bertindak atas maklumat dan risikan sepasukan pegawai dan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di sekitar kawasan Jalan Tanjung Batu, Tawau.

“Pada masa sama polis berjaya memberkas seorang lagi suspek warga tempatan berumur 19 tahun di sekitar pasaraya Hilltop, Jalan Utara Tawau,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jasmin berkata, polis juga turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Samsung kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat.

“Hasil semakan rekod lampau kedua-dua suspek mendapati salah seorang suspek di antaranya mereka mempunyai 33 rekod kesalahan jenayah lampau di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 termasuk di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Suspek dibawa ke Majistret Tawau untuk permohonan tahanan reman dan kes disiasat ini di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelas Jasmin.

Menurutnya, polis Tawau sedang mempergiatkan dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan dadah dari masa ke masa dengan operasi yang lebih agresif.

“Kita menyeru masyarakat di Daerah Tawau agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah termasuk dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan warga sekampung yang disyaki terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang,” tambah Jasmin.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut