𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝑻𝑶𝑾𝑵𝑯𝑨𝑳𝑳 𝑴𝑬𝑬𝑻𝑰𝑵𝑮

TELUK SEPANGGAR (7 Mei): Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) mengadakan hari bersama rakan strategik dalam program yang dikenali sebagai Townhall Meeting. Platform ini bukan sahaja forum berbentuk diskusi, tetapi juga sebuah momentum untuk memperkuat keterikatan dan komitmen antara MAWILLA 2 bersama rakan strategiknya.

Pertemuan ini juga merupakan platform untuk pihak TLDM Sandakan menyampaikan status semasa peruntukan dan kontrak, cabaran yang dihadapi ketika ini, dan perbincangan mengenai aspirasi menuju masa depan. Justeru, sebanyak 109 firma dari pelbagai wakil syarikat pembekal telah turut serta dalam acara ini menyumbangkan pelbagai pandangan dan pengalaman mereka.

Diharap dengan pertemuan ini akan memperkuat keterlibatan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kapasiti dan kesiapsiagaan ATM amnya dan TLDM khasnya demi mencapai tujuan bersama.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Markas Wilayah Laut 2

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …