DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa pada 5 Mei 2024. Perlantikan Mohd Khairi sebagai Ketua Polis Terengganu ke-32 itu bagi menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang bertukar ke agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dengan menyandang jawatan lama Mohd Khairi.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan di Dewan Redang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. Datuk Mazli Mazlan dalam ucapannya berkata, terdapat banyak pencapaian dikecapi sepanjang mengetuai Kontinjen Terengganu bermula 3 Mei tahun lalu.

Katanya, ia termasuk penurunan kadar indeks jenayah, pencapaian tempat pertama Ops Selamat Aidilfitri 2024 serta kelancaran Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Dalam pada itu, Mohd Khairi yang sudah 32 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu menggunakan pengalaman bersama Unit Tindakan Khas (UTK) dan NADMA untuk memacu kejayaan Kontinjen Terengganu. PDRM akan terus berinteraksi dengan masyarakat bagi menjaga ketenteraman awam.

Turut diadakan upacara menandatangani dan penyerahan dokumen terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Terengganu di antara Datin Izzati Datuk Shafii dan Datin Nur Haniza Jaafar.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut