RESORT ATAS AIR DI SEMPORNA TERBAKAR

SEMPORNA (3 Mei): Resort atas air, The Buwan Dive Resort, Semporna musnah terbakar, tengah hari tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, resort jenis tidak kekal berkeluasan 50’x60′ kaki itu dilaporkan terbakar 95 peratus.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.12 tengah hari, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bersama sepasukan BBP Atas Air Semporna bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 300 kaki, satu pancutan sumber air dari jentera.

“Turut digunakan ialah satu aliran 200 kaki, dua pancutan dan pam angkut serta sumber air terbuka iaitu air laut,” katanya.

Beliau berkata, operasi terkawal pada jam 1.25 petang dan tiada mangsa yang terlibat dilaporkan oleh ketua operasi dalam kejadian ini.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …