PEMBINAAN RUMAH PPRT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG GAS BERMULA TAHUN INI

SANDAKAN (4 Mei): Pembinaan sebanyak 106 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mangsa kebakaran Kampung Gas dijangka dimulakan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata projek itu bukan sengaja dilewatkan kerana kerajaan sebenarnya telah menyediakan peruntukan.

“Kerajaan sudah sedia peruntukan cuma jumlah itu tidak bersesuaian dengan keadaan semasa. Itu sebab hampir tiga kali projek ini dipanggil untuk tender. Saya difahamkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan yang projek ini sedang diberikan penilaian dan di peringkat untuk sesi bidaan tender oleh syarikat-syarikat yang berminat.

“Ia bukan sengaja dilewatkan. Sebenarnya, memang ada peruntukan disediakan cuma ada kesilapan dari sudut jumlah peruntukan tetapi akhirnya memang ada satu penyelesaian. Dan saya harap pada tahun ini juga 106 buah rumah PPRT di Kampung Gas boleh diberikan kepada mangsa kebakaran yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program MOTAC Bersama Komuniti @ Batu Sapi di Padang PPR Taman Batu Sapi di sini hari ini. Beliau berharap rumah PPRT itu akan dapat dibina pada tahun ini kerana peruntukan telah disalurkan kerajaan sejak tahun lepas lagi.

Bagaimanapun, katanya disebabkan jumlah peruntukan yang tidak sesuai, tidak ada mana-mana pihak kontraktor yang sanggup untuk mengambil tanggungjawab melaksanakan projek itu.

Pada Jun 2018, satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di Kampung Gas, Batu Sapi yang telah memusnahkan 90 buah rumah sekaligus menyebabkan kira-kira 400 penduduk kampung tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan projek pengurusan sampah melalui peruntukan sebanyak RM200,000 disalurkan MOTAC, Khairul berkata pihaknya menerusi Pejabat Parlimen Batu Sapi akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk pelaksanaannya.

Jelasnya, kempen kebersihan itu akan diadakan dalam masa terdekat dan beliau berharap kerjasama Pejabat Parlimen Batu Sapi dan NGO akan mencapai matlamat ke arah mengindahkan lagi sekitar kawasan Batu Sapi.

Lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan Program MOTAC Bersama Komuniti @ Batu Sapi yang diadakan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut