KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung kemalangan paragliding membabitkan pelancong China Xue Dong Yuan, 64, di Lohan, Ranau pada 22 April lalu.

“Saya telah mengarahkan STB untuk membuat susulan terhadap kes itu mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata Menterinya, Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut STB, Ma Chong dan Joanne Wong dari Pejabat Konsul Jeneral China, dan Aboni Loong (Pemasaran) dan Florence Gom (Bahagian Produk) dari STB telah melawat pesakit di Hospital Queen Elizabeth (QEH) 1 kira-kira jam 10 pagi, semalam.

STB juga telah berkomunikasi dengan Geremy dari Flying Earth Travel Sdn Bhd untuk operator pelancongan melakukan perkara yang perlu.

Pejabat Konsul Jeneral China dan STB memudahkan terjemahan antara keluarga pesakit dan pengendali darat Sabah untuk membincangkan pampasan bagi kecederaan pesakit.

Pesakit dan ahli keluarganya telah mengaturkan dengan syarikat insurans mereka untuk perjalanan pulang ke Wilayah Hebei, China, melalui Shanghai Airlines pada esok.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut