SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak pengambilan makanan harian menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada masa depan. Meskipun ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat namun ramai juga yang tidak berdisiplin dalam isu membabitkan pengambilan makanan dan penjagaan kesihatan.

Kesihatan adalah satu aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran sesuatu masyarakat atau negara. Tanpa kesihatan yang baik, semua bidang lain akan terbantut. Oleh sebab itu, kesihatan adalah antara kayu ukur utama dalam kemajuan negara.

Tahap kesihatan masyarakat bermula dengan kesedaran dan celik kesihatan yang berasal daripada dalam diri. Kita boleh bercakap tentang sistem dan teknologi serta kemudahan yang ada. Namun, tanpa budaya dan kesedaran yang baik, ia tidak akan dapat membendung peningkatan masalah kesihatan dalam negara terbabit.

Celik kesihatan atau health literacy (HL) adalah kemampuan menerima, memproses serta memahami maklumat dan khidmat asas kesihatan untuk digunakan bagi menggalakkan dan mengekalkan kehidupan yang sihat. Gaya hidup memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian sebagai langkah menjaga kesihatan diri.

Kita tidak boleh bergantung kepada sistem dan kemudahan kesihatan semata-mata jika konsep gaya hidup yang betul tidak diamalkan. Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi berkait rapat dengan proses gaya hidup seperti penjagaan diri dan emosi.

Selain pengambilan makanan tidak seimbang, merokok dan alkohol, masalah emosi dan tekanan juga merupakan salah satu punca kesihatan merosot dan kemudian timbulnya penyakit.

World Health Organization (WHO) mengatakan, kesihatan yang baik turut merangkumi kesihatan mental, bukan fizikal semata-mata. Ini menunjukkan komponen kesihatan mental dalam kehidupan seseorang sangat penting. Jika kesihatan mental terjejas, ia juga boleh menyebabkan gejala fizikal kerana ia saling berhubung kait.

Gaya hidup masa kini yang serba pantas dan mencabar telah mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan dan penyakit yang ketara. Sedar atau tidak, kemerosotan tahap kesihatan boleh menjejaskan kehidupan secara menyeluruh apatah lagi jika anda tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk merawat dan mengubati penyakit yang dihidapi.

Seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat kini, kos sara hidup termasuk rawatan kesihatan semakin meningkat, menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan rawatan yang akhirnya menjadi kritikal gara-gara masalah wang. Meskipun kemajuan teknologi dan penemuan perubatan pada abad ini membanggakan, tetapi hakikatnya kos penjagaan kesihatan tetap mahal.

Kesimpulannya, kita berhadapan dengan pelbagai pilihan di dalam urusan harian. Membuat pilihan dan keputusan adalah sebahagian daripada proses kematangan. Kesihatan mempengaruhi aktiviti harian dan juga gaya hidup seseorang individu. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab individu, masyarakat, komuniti dan negara bersama-sama menggembleng usaha untuk mencapai kehidupan yang sejahtera. Sebenarnya, tiada istilah terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat.

Sumber: Hello Doktor, Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut