PEKAN KECIL MENGKABONG DIBINA TAHUN INI

TUARAN (29 April): Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit akan terus dibangunkan dengan pelbagai rancangan pembangunan demi keselesaan rakyat khususnya di kawasan berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya berkata, ia termasuklah melibatkan pembinaan Pekan Kecil Mengkabong.

“Pembinaan ini sudah mendapat kelulusan dan terdapat sedikit proses dokumentasi yang perlu diselesaikan sebelum dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

“Selain itu, yang jelas kita telah dapat untuk diagihkan kepada penduduk kawasan Pantai Dalit ini adalah tanah-tanah bagi membuka perkampungan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DUN Pantai Dalit di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kg Lok Batik, di sini semalam. Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Jasnih berkata, tanah itu disediakan khusus kepada penduduk yang tidak mempunyai tapak rumah. Katanya, Ketua Menteri telah meluluskan sekitar 180 ekar tanah untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Pantai Dalit.

Menurut Jasnih, tapak rumah yang diagihkan membolehkan penduduk turut menerima dan merasa bantuan kerajaan seperti bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …