PAHANG CADANG WUJUDKAN ZON INDUSTRI DI SEMUA DAERAH

Bera: Kerajaan Negeri Pahang bercadang mewujudkan zon perindustrian di semua daerah di negeri ini bagi menarik kemasukan pelabur asing ke Pahang sekaligus menwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan adanya lebih banyak kawasan industri, ia membolehkan bakal pelabur dapat membuat lebih banyak pilihan.

“Kita telah berjumpa dengan pelabur-pelabur di China dan kita dah maklumkan kepada mereka di Pahang ini kita ada 11 daerah dan kita akan wujudkan zon industri di semua daerah.

“Bermakna mereka boleh membuat pilihan tempat untuk melabur. Tidak semestinya di kawasan perindustrian di Kuantan sahaja,” katanya selepas Majlis Perasmian Moh Karnival Makmur 2024 Daerah Bera di Laman Kerayong, Bera, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang,Datuk Sabariah Saidan dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Beliau berkata infrastruktur di negeri ini dalam proses dinaiktaraf dan dijangka selesai menjelang 2027.

“Kita juga telah memaklumkan kepada para pelabur bahawa infrastruktur di negeri kita akan bertambah baik menjelang awal tahun 2027 apabila Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap sepenuhnya.

“Pelabuhan Kuantan akan dikembangkan dan ia akan memudahkan penghantaran produk-produk eksport dan juga import,” katanya.

sumber: HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …