PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat di Dewan Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan. Program melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti PDRM, JBPN, Jabatan Kesihatan, APM, AADK, JPNIN, RELA, Mahasiswa sukarelawan UMS termasuklah Pejabat UPPM N.30 Bongawan.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi telah mendapat sambutan yang meriah dari komuniti setempat. Pihak MKN Sabah memberikan taklimat berkenaan Dasar Keselamatan Negara (DKN) dan peranan komuniti dalam memastikan keselamatan negara. Selain itu, aktiviti interaktif seperti  pembentangan dalam kumpulan, sesi soal jawab dilihat dapat menambah lagi pemahaman perana komuniti dalam keselamatan. Program seperti ini dilihat sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasar khususnya di kawasan pedalaman.

Perjalanan sesi secara interaktif kendalian MKN Sabah ini mendapat sambutan daripada komuniti Program berjalan dengan baik dan sambutan masyarakat sangat memberansangkan. MKN mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut