KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri amat menekankan kepentingan memperluas capaian digital kepada semua lapisan masyarakat, termasuk di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, dengan sokongan kerajaan Persekutuan, pihaknya yakin usaha itu dapat dipercepatkan.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Katanya, transformasi digital adalah antara komponen utama dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurutnya, ia bagi merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Kunjungan itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja rasmi Gobind ke Sabah, termasuk menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) Negeri.

Hajiji menyambut baik kunjungan itu dan menzahirkan penghargaan kepada Gobind atas komitmen berterusan kerajaan Persekutuan dalam menyokong agenda digital negeri ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim dan pegawai kanan Kementerian Digital Malaysia.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …