PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana mereka sering bertanya adakah penting keamanan dan kedamaian ini dalam sesebuah negara sedangkan buat masa sekarang tidak berlakunya peperangan?

Generasi muda juga hendaklah mengetahui bahawa walaupun peperangan tidak berlaku lagi sekarang, akan tetapi kewajipan dalam memelihara negara sangatlah penting agar keamanan dan kedamaian dapat dikekalkan dalam negara. Keamanan dan kedamaian juga adalah tunjang kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Hal ini kerana, apabila negara itu dalam keadaan aman, maka proses untuk memajukan negara menjadi mudah apatah lagi masyarakat juga bersatu padu dalam hal tersebut. Maka tidak dapat dinafikan lagi di mana keamanan dan kedamaian ini sangat penting dalam sesebuah negara.

Secara ringkas, keamanan bermaksud suatu keadaan yang bebas daripada bahaya dan malapetaka. Dari sudut keamanan negara pula, bermaksud bebas daripada segala serangan dan ancaman dari negara luar yang membolehkan menggugat kestabilan dan keharmonian negara. Manakala kedamaian pula merujuk kepada ketiadaan perang di antara pihak yang terlibat.

Antara peranan masyarakat dalam menjaga keamanan negara ialah saling memahami dan menghormati antara satu sama lain dengan tidak memperlekehkan kepercayaan dan pendapat walaupun mempunyai perbezaan agama dan bangsa. Sikap tersebut dapat mengelak perselisihan faham dan rusuhan yang teruk sehingga boleh menggugat keamanan negara.

Rakyat di Malaysia terutamanya yang terdiri daripada bervbilang kaum, agama dan bangsa perlu memahami, bertolak ansur dan berfikiran terbuka dengan setiap anggota masyarakat. Polemic ini tiap kali menjadi perbualan dalam masyarakat dimana ia akan mencetuskan perkara yang berakhir dengan kerugian semata-mata.

Kesimpulannya, keamanan dan kedamaian adalah satu perkara yang penting dalam sesebuah negara bagi memastikan negara tersebut terus maju dan berkembang dengan jayanya.

Namun, jika generasi muda yang merupakan pemangkin kepada kemajuan negara mengabaikan tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negara, maka ia akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada negara dan rakyat.

Antaranya seperti masyarakat akan berpecah belah sehingga terbentuknya puak masing-masing, negara kita akan mudah dijajah oleh negara luar seperti dahulu, berlakunya perebutan kuasa dan campur tangan kuasa luar serta berlakunya peperangan antara negara.

Oleh itu, sebagai generasi muda yang bijaksana, hendaklah kita bersama-sama mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negara jika tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut