PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan semakin meningkat setiap tahun.

CPR itu sepatutnya perlu dipelajari setiap individu kerana ia mampu membantu menyelamatkan nyawa seseorang sementara menunggu ketibaan bantuan perubatan professional.

Disyorkan

  • Pesakit jantung kian muda
  • AED di tempat awam: Bertepatan dengan keperluan
  • ‘Saya menangis tidak dapat selamatkannya’ (METROTV)
  • Kerajaan wajibkan AED di semua fasiliti awam pada 2025 (METROTV)

Untuk itu, rawatan kecemasan CPR perlu diberikan segera bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk seperti kematian otak. Jurulatih pertolongan cemas dari Altica Sdn Bhd, Amydiamni Roslan berkata, penyakit berkaitan jantung masih kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan 18,515 dan semakin meningkat.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2022, ‘Ischaemic heart diseas’ mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini pada 2021 iaitu 13.7 peratus selepas Covid-19. Kata Amydiamni, ramai termasuk selebriti tanah air yang kelihatan sihat, tetapi meninggal akibat kejadian jantung terhenti secara tiba-tiba atau Sudden Cardiac Arrest (SCA).

Ia berbeza dengan serangan jantung kerana faktor risikonya sehingga kini masih tidak dapat dikenal pasti, namun dikatakan ada kaitan dengan masalah jantung. Katanya, serangan jantung biasanya diakibatkan masalah saluran jantung tersumbat manakala Cardiac Arrest pula disebabkan jantung gagal berfungsi.

“Kejadian jantung terhenti secara tiba-tiba boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan individu yang mengalaminya berpeluang untuk diselamatkan jika diberikan pertolongan cemas CPR serta bantuan peranti defibrillator atau lebih dikenali sebagai AED.

Fasa ‘clinical death’ itu adalah waktu terawal kejadian berlaku dan nyawa individu yang terbabit masih berpotensi untuk Diselamatkan. Tetapi, jika dalam tempoh tiga hingga 10 minit pertama masih tiada bekalan oksigen ke otak, ia akan menyebabkan ‘brain dead’.

Dalam situasi ini, masa adalah berharga, jadi bantuan CPR Bersama penggunaan peranti AED sememangnya penting untuk membantu sementara menunggu pasukan perubatan professional tiba, Dalam pada itu, Teknik CPR perlu betul kerana jika dilakukan secara salah, ia tidak akan dapat membantu meningkatkan peratusan peluang mangsa untuk hidup.

Tekanan dada (CPR) perlu dilakukan sebanyak 30 kali antara 100 hingga 120 tekanan dalam masa seminit secara konsisten dan tekanan sedalam dua inci. Tekanan diselangi dengan dua bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut dan harus dilakukan berulang kali tanpa henti sehinggalah pasukan perubatan tiba.

Jika penat, pastikan ada yang sudah siap sedia untuk mengganti anda tanpa perlu berhenti seketika, manakala peranti AED juga penting dalam membantu menyelamatkan nyawa individu yang mengalami kegagalan fungsi jantung secara mengejut.  Jika hanya menggunakan CPR sahaja, pertusan untuk menyelamatkan nyawa lebih rendah.  Jika AED digunakan bersama, peratusan untuk mangsa selamat lebih tinggi iaitu antara 50 hingga 70 peratus.

Justeru itu, tempat awam seperti pejabat kerajaan, pusat membeli-belah atau taman rekreasi perlu disediakan peranti berkaan secukupnya kerana penggunaannya penting dalam menyelamatkan nyawa.

Sumber       :         hmetro.com.my/sihat

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut