SISIPAN SEJARAH PADA 22 APRIL 1910: PERJANJIAN TERENGGANU-BRITISH 1910

Pada hari ini dalam tahun 1910, satu perjanjian persahabatan ditandatangani diantara Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu dan Sir John Anderson, Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu selaku wakil Kerajaan British. Perjanjian ini mengandungi empat perkara iaitu mewujudkan bantuan bersama antara kedua buah kerajaan. British secara rasminya akan melantik seorang Pegawai Konsul sebagai wakil mereka. Selain daripada itu, Kerajaan British bersetuju untuk memberi perlindungan kepada negeri Terengganu dan tanah jajahannya. Sultan Terengganu juga berjanji tidak akan membuat hubungan politik dengan mana-mana pihak melainkan mendapat persetujuan daripada pihak British. Dengan perjanjian pihak British telah dapat mencampuri urusan pemerintahan dalam negeri dan juga urusan hubungan luar negeri Terengganu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut