JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan Jambatan Bailey.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, sepanjang tempoh itu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan dari kedua-dua arah iaitu Kuantan/Gambang ke Muadzam melalui Laluan FT 03 (Kuantan-Endau melalui bandar Pekan) dan Laluan FT 63 (Leban Condong-Muadzam Shah).

“Semua pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan lebih awal dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan jambatan Bailey itu mendap serta berlaku kesesakan lalu lintas di laluan terbabit sewaktu musim perayaan Aidilfitri.

Media melaporkan, peningkatan jumlah kenderaan berat terutama melebihi had muatan 20 tan dikenal pasti sebagai punca kerosakan jambatan berkenaan dan hasil pemantauan di tapak mendapati plat keluli yang menyambungkan ramp atau tanjakan ke jalan tuju, sudah rosak.

Jambatan yang bertujuan menghubungkan jalan terputus akibat banjir itu dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Januari lepas.

SUMBER: HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut