DUN SABAH BERTAFAKUR UNTUK MANGSA NAHAS HELIKOPTER TLDM

KOTA KINABALU (24 April): Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pagi ini bertafakur seketika sebelum memulakan sesi soal jawab bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, semalam.

Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al-Hambra Tun Juhar turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak DUN Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kepada waris mangsa dan TLDM atas kehilangan nyawa anggota akibat tragedi berkenaan.

“Sebelum kita memulakan sesi soal jawab lisan pada hari ini, DUN Sabah ingin mengucapkan takziah kepada perwira-perwira negara yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak, semalam.

“Sekalung takziah diucapkan kepada keluarga mangsa daripada ADUN Sabah dan kerajaan Sabah. Kepada yang beragama Islam marilah kita hadiahkan Al Fatihah dan yang bukan beragama Islam marilah kita bertafakur selama seminit mengikut kepercayaan masing-masing,” katanya.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …