300 RUMAH MESRA RAKYAT DIBINA DI MELAKA SEPANJANG 2024

Bandaraya Melaka  24 April – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Melaka memperuntukkan pembinaan hampir 300 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negeri ini sepanjang 2024.

Pengarah SPNB Melaka & Johor, Khairul Azhar Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya menerima lebih 7, 300 pemohonan dan jumlah itu melebihi bajet yang diperuntukkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Secara keseluruhan di Melaka kita memperuntukkan sebanyak 275 unit yang mana untuk projek Fasa I dan Fasa II adalah sebanyak 130 unit membabitkan kesemua enam Parlimen di Melaka. Parlimen Jasin merekodkan jumlah kediaman terbanyak dengan 36 unit diikuti Alor Gajah, 27 unit dan 23 unit di Tangga Batu.

“Daripada 130 unit itu sebanyak 24 sudah siap dibina dan 106 masih dalam pembinaan. Secara keseluruhan SPNB menerima 7, 336 permohonan dan sebanyak 263 permohonan dalam proses penilaian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri SPNB Melaka yang turut dihadiri Exco Sains, Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Datuk Tpr. Murad Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB (memangku) Zahanuddin Kamarudin, di Pejabat SPNB di Taman Lagenda, pada Selasa.

Menurutnya, dengan jumlah permohonan yang tinggi di dalam sistem SPNB kebiasaannya saban tahun akan ada peruntukkan unit tambahan bagi pembinaan RMR namun ia bergantung kepada keperluan bajet.

“Kebiasaannya akan ada peruntukkan tambahan untuk pembinaan RMR ini dan kita akan menerimanya pada Ogos atau sebelum hujung tahun namun ia bergantung kepada ibu pejabat SPNB dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Selain memfokuskan pembinaan RMR kita SPNB juga kini giat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka bagi mempromosikan Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) yang baru diperkenalkan tahun ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …