TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun di tiga daerah di negeri ini.

Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri berkata, pihaknya mula membantu memasarkan tembikai termasuk tembikai madu secara berperingkat sejak Februari hingga semalam.

Menurutnya, sebelum ini belian dilakukan membabitkan hasil pekebun seorang di Panching, di sini dan Muadzam Shah termasuk dua pekebun di Kuala Krau, Temerloh.

“Terbaharu kita membantu memasarkan lebih 20 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning membabitkan tiga kali pembelian dari tiga pekebun di Kampung Ubai, dekat sini.

“FAMA akan terus membantu memasarkan hasil tembikai di negeri ini terutama di Kampung Ubai yang diusahakan oleh 20 ipekebun terdiri daripada golongan belia,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semalam FAMA membeli kira-kira 10 tan tembikai diusahakan seorang pekebun di Kampung Ubai yang terkenal dengan produk pertanian berkenaan sejak lebih 50 tahun lalu.

Saiful berkata, pekebun yang berdaftar sebagai peserta ladang kontrak FAMA berpeluang menjual hasil pertanian mereka kepada FAMA pada harga lantai yang dipersetujui kedua belah pihak. Selepas perjanjian jual beli dilakukan proses belian akan dilakukan.

Katanya, harga lantai belian tembikai yang ditetapkan 80 sen sekilogram (kg), namun pada musim kali ini pihaknya membuat belian mengikutharga semasa antara RM1.00 hingga 1.20kg.

Saiful menambah, pihaknya memasarkan tembikai kepada beberapa pemborong di daerah ini termasuk dihantar terus kepada FAMA Terengganu menerusi kerjasama dua hala yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini pihaknya membantu memasarkan buah duku Terengganu bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.

Tambahnya lagi, pihaknya akan terus membantu memasarkan tembikai yang dikeluarkan pekebun di negeri selagi mereka bersetuju menjual kepada FAMA. Pihaknya tidak pernah memaksa pekebun supaya menjual kepada FAMA, pekebun boleh membuat pilihan mengikut tawaran harga yang lebih tinggi.

“Tahun lalu kita membantu memasarkan lebih 30 tan tembikai yang keluaran pekebun Kampung Ubai, kejadian banjir tahun lalu menyebabkan pengeluaran hasil pertanian berkenaan berkurangan berbanding tahun ini.

“Setakat semalam kita telah membantu memasarkan lebih 20 tan tembikai Kampung Ubai dan jumlahnya dijangka bertambah kerana pengeluaran hasil pertanian di kampung berkenaan kini bertambah,” katanya.

sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut