KABINET NEGERI SETUJU HIDUPKAN SEMULA LEMBAGA PADI DAN BERAS SABAH

KOTA KINABALU (17 April): Kabinet Negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan memastikan keselamatan makanan dalam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kebangkitan semula Lembaga tersebut adalah penting memandangkan Sabah kini mengimport kira-kira 70 peratus daripada keperluan berasnya.

“Sabah perlu meningkatkan sara diri makanannya dan kita akan dapat melakukannya dengan kebangkitan
Lembaga Padi dan Beras Sabah itu,” katanya.

“Kabinet Negeri akan mengemukakan syor kepada Yang Dipertua Negeri untuk kelulusan penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 3 Akta Enakmen Lembaga Hasil Pertanian 1981,” katanya pada mesyuarat kabinet, Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut