MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT KARGO, GAGAL ISYTIHAR MUATAN

TAWAU (17 April): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barangan runcit dan barang kawalan tanpa pengisytiharaan pada jam 1.15 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya segera ke lokasi dilaporkan di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Jeti CIQ Tawau selepas menerima maklumat orang awam.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot yang ditahan mendapati seorang warga tempatan berusia 37 tahun bertindak selaku juragan bot telah membawa pelbagai muatan.

“Antaranya 200 kilogram beras, 10 kotak minyak masak, 204 kilogram gula pasir, tiga gelen petrol dan tiga tong gas LPG disyaki untuk pasaran di Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan lanjut mendapati juragan berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengisytiharaan kastam berkaitan barangan yang dibawa dan tidak mempunyai lesen runcit beras.

“Juragan, bot serta muatan tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM27,000.

Katanya, modus operandi yang digunakan oleh peniaga adalah dengan membawa barangan runcit dalam kuantiti yang kecil namun secara berulang perlu dibanteras bagi mengelakkan sindiket penyeludupan membawa barang kawalan tersebut ke negara jiran.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …