𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—£π—˜π— π—”π—‘π——π—¨ π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—”π—¦π—œπ—‘π—š (𝗣𝗲π—ͺ𝗔)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya. Penguatkuasaan ini diadakan bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya terhadap pemandu warga asing yang memandu di negeri ini.

Sebanyak 63 notis saman telah dikeluarkan dalam operasi hari ini. Tiada lesen memandu antara kesalahan tertinggi yang dikesan serta Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan Insuran, membabitkan warganegara Pakistan, Rohingya, Bangladesh, Myanmar dan lndonesia. JPJ turut menyita 17 buah motosikal, 2 buah SUV, 2 buah motokar dan 1 buah van. JIM telah membuat tangkapan 5 warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …