MESYUARAT KHAS SIDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MEMBINCANGKAN SITUASI TEGANG DI TIMUR TENGAH

15 APRIL 2024 – Mesyuarat khas sidang MKN telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Khaled bin Nordin, Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad bin Hasan, Tan Sri Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Tujuan mesyuarat ini ialah untuk berbincang lanjut situasi tegang di Timur Tengah, mengambilkira perbincangan yang telah diadakan semalam. Mesyuarat yang diadakan dua hari berturut-turut menunjukkan perhatian serius kerajaan Madani terhadap isu ini, dan juga usaha yang diambil untuk memastikan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh perkembangan ini.

Kelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik. Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa -apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel. Bersama negara-negara bertamadun yang lain, Malaysia menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah. Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi.

Setakat ini, perkembangan ini memberikan kesan yang kecil kepada negara. BSKL dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil, yang mencerminkan trend serantau. Walau apapun, kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin. Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama.

Kunci penyelesaian kepada isu ini ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan yang tidak berperikemanusiaan yang melanda Gaza. Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain. Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan. Dalam hal ini, sumbangan Malaysia terbaru sebanyak 100 kontena dijangka akan berlepas pada 27 April 2024.

 

sumber : FB https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial

Artikel/Berita Terkini

#ADDINAHAD: TUJUH SEGERA YANG DISUKAI ALLAH SWT

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT Segera Bertaubat  Segera Menunaikan Solat  Segera Memberi Sedekah  Segera dalam Melakukan Kebaikan  Segera Membayar …
Maklumat Lanjut

8 BUAH TRELER SERTA KELAPA SELUDUP BERNILAI RM8.3 JUTA DITUMPASKAN PGA

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa di Tumpat …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELUDUP POKOK BONZAI HITAM BERNILAI RM2.3 JUTA DI KELANTAN

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dalam …
Maklumat Lanjut