MANGSA PPRT ROBOH PERLU BANTUAN

PRIHATIN: Chew (tengah) bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

 

SANDAKAN: Mangsa rumah roboh di Kampung Air Karamunting di sini memerlukan perhatian sewajarnya.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, kelmarin berlaku kejadian apabila rumah seorang penduduk roboh. Ia terjadi di Jambatan No.6 Kg Air di sini.

“Seorang ibu mempunyai 13 anak dan baharu bersalin menjadi mangsa dalam kejadian itu.

“Suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur turut bergegas balik ke Sandakan untuk menguruskan hal berkenaan.

“Saya dimaklumkan kejadian berlaku pada sekitar jam 9 malam pada 15 April (Isnin).

“Setelah kedengaran bunyi keretakan berlaku, mangsa bersama kesemua 14 anak-anaknya segera keluar dari rumah itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah mangsa kemudian terus roboh ke dalam laut, bagaimanapun tiada kecederaan yang berlaku.

Chew dalam pada itu turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa. Ia merupakan kejadian kedua di kawasan yang sama.

“Saya juga meminta mangsa membuat laporan polis dan saya sendiri akan berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan Daerah Sandakan untuk memohon bantuan bencana alam kepada mangsa.

“Ini merupakan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina semula pada 2012, selepas pernah roboh sebelum itu,” katanya.

.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF PENTING KUKUHKAN AGENDA REFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah …
Maklumat Lanjut

KEBAKARAN KILANG CAT: JAS TEMPATKAN DUA ALAT UKUR KUALITI UDARA

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menempatkan dua alat pengukur kualiti udara di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru bagi memantau situasi …
Maklumat Lanjut

PENGHANTARAN PESAKIT JANTUNG KE IJN DAPAT DIKURANGKAN – JAMES RATIB

KOTA KINABALU (29 April): Langkah menaik taraf Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) menjadi Pusat Jantung Negara (PJN) Sabah disasar dapat …
Maklumat Lanjut