KEKAL SILATURRAHIM WALAUPUN BERBEZA AGAMA

Mempunyai keluarga yang menganuti agama berbeza bukanlah penghalang sebuah keluarga di sini berkumpul bersama bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.Malah pendirian Ismail Abdullah,39, memeluk Islam pada 2008 itu dihormati ahli keluarganya yang beragama Buddha dan Kristian selain sentiasa mendoakan yang terbaik buat kesejahteraan mereka.

Beliau yang sudah 16 tahun memilih Islam, sukar mengungkapkan perasaannya yang begitu indah dan dalam tempoh itu juga ahli keluarga tetap menyokong serta saling mengekalkan persaudaraan yang ada ini. Setiap tahun juga dia tidak akan lepaskan peluang untuk berkumpul bersama dan ia umpama sebagai perayaan yang dapat mengeratkan silaturrahim keluarga. Mereka dapat berkongsi pelbagai kisah dan kemeriahan itu akan terus menjadi kenangan bermakna buatnya sekeluarga.

Menceritakan mengenai permulaannya memilih Islam, segalanya bermula di bangku sekolah, tambahan kebanyakan rakannya ramai beragama Islam sekali gus lebih mudah faham mengenai agama berkenaan. Sebelum itu beliau pernah bermimpi seorang lelaki memakai jubah seolah-olah memberi gambaran tentang Islam, maka hatinya lebih teruja untuk mengetahui lebih dalam mengenai Islam.

Pada mulanya ibunya terkejut juga tetapi selepas di terangkan mengenai niat dan tujuan Β memeluk Islam akhirnya dia faham. Apa sahaja yang beliau lakukan mak akan menjadi keutamaan saya. Dia orang pertama yang akan di maklumkan.

Selain itu, pendiriannya memilih Islam mendorong beliau menerokai dan belajar sehingga ke peringkat doktor falsafah, di UiTM Kuala Pilah dalam bidang pengajian Islam.

Sumber:Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PENGHANTARAN PESAKIT JANTUNG KE IJN DAPAT DIKURANGKAN – JAMES RATIB

KOTA KINABALU (29 April): Langkah menaik taraf Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) menjadi Pusat Jantung Negara (PJN) Sabah disasar dapat …
Maklumat Lanjut

DBKK KOMITED PASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN TERJAMIN

KOTA KINABALU (29 April): Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terus komited dalam memastikan tahap keselamatan makanan sentiasa terjamin dengan menjalankan …
Maklumat Lanjut

TUKANG MASAK MAUT NAHAS JALANRAYA DI TAWAU

TAWAU (29 April):Β Seorang tukang masak di salah sebuah restoran terkenal di sini maut apabila terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di …
Maklumat Lanjut