RANTAU PANJANG 07 April : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menerima tiga serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 310 liter minyak petrol, bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disita ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki melakukan penyelewengan barang kawalan, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN. Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui :- https://linktr.ee/kpdn