“GENGGAM AMANAH”

Kesihatan adalah permata yang tidak ternilai. Kita akan menghargainya jika kita jatuh sakit. Sebenarnya untuk kekal sihat mudah dilakukan tapi kita selalu alpa. Tip utama untuk sihat adalah sayangi diri. Pasti kita akan peka dan prihatin akan apa yang boleh dan tidak dilakukan dalam pelbagai aspek untuk menjaga badan dan minda kita. Menyayangi diri sebenarnya kita memberi peluang untuk menjalani kehidupan yang penuh bermakna. Jadikan kesihatan sebagai pelaburan utama kita, membina asas yang kukuh untuk mencapai impian serta menjalani kehidupan dengan penuh semangat.
Ingat!! Tubuh badan kita adalah kurniaan dan amanah yang penting untuk kita jaga. Jangan cemari tubuh dengan bahan terlarang. Lakukan senaman dan amalkan gaya hidup yang sihat. Selamat menyambut Hari Kesihatan Sedunia.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …