PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
“Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April 2024 sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei 2024,” katanya pada sidang media hari ini.
Sumber: BH