MARITIM MALAYSIA ZON SEMPORNA AGIH 4,000 BUBUR LAMBUK

SEMPORNA (3 April): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna mengagihkan 4,000 pek bubur lambuk kepada para petugas barisan hadapan, pengerusi masjid serta tahfiz di sini.

 

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Amir Shubli berkata, selain itu, agihan turut diagihkan kepada orang ramai di sekitar kuarters Maritim berkenaan.

Katanya, program itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga Zon Maritim dengan komuniti setempat, di samping memupuk amalan bersedekah di bulan Ramadan.

Tambah beliau, program bubur lambuk tersebut merupakan kerjasama pihaknya bersama Askar Wataniah, Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd dan Petronas.

Turut menjayakan program berkenaan ialah Syarikat Petronas, Adabi, Sabah Distribution Sdn Bhd, Coop Bank, Raspand, Kumpulan Rukun Tetangga Semporna dan Persatuan Veteran Komando.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …