PENJAGAAN KEBERSIHAN KETIKA MUSIM PERAYAAN

Hari ini (4 April 2024), telah genap 24 hari umat islam menjalani ibadah puasa Ramadan. Ini menandakan berbaki 5 hari sahaja lagi umat islam berpeluang mengejar pahala berkat Ramadan termasuk malam lailatul qadar yang dijanjikan ganjaran 1,000 bulan. Namun, tidak dapat dinafikan saat dan tika ini juga setiap keluarga masing-masing sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidil Fitri yang kemeriahannya boleh berlanjutan sehingga bulan Zulkaedah.

Antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam membuat persiapan Aidil Fitri adalah aspek kebersihan. Kebersihan diri adalah paling utama bagi memastikan kemeriahan berhari raya tidak menjadi faktor penyebab kesihatan diri terjejas. Dicadangkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sentiasa menjadi peneman walau beraya ke mana jua bagi mengurangkan risiko jangkitan sebarang penyakit berjangkit.

Kebersihan kediaman juga perlu dititikberatkan supaya musim perayaan tidak menjadi medan pembiakan Lilati (Lipas), Lalat dan Tikus. Sebarang tumpahan makanan perlu segera dilap dan sampah sarap perlu segera ditutup dan dibuang ke tempat pembuangan sampah dengan seberapa segera. Lambakan sampah sarap di tempat pembuangan sampah juga perlu diurus sebaiknya oleh pihak berkuasan tempatan.

Buat yang pulang ke kampung berhari raya, adalah diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata terutama apabila berkelah bersama keluarga di mana-mana lokasi. Tabiat membuang sampah keluar dari kenderaan juga perlu dihentikan supaya kita tidak ‘sakit mata’ melihat taburan sampah di lebuh raya, jalan raya dan persekitaran.

Itu antara tips kebersihan sepanjang tempoh perayaan dan diucapkan selamat berhari raya dan utamakan kebersihan sentiasa.

sumber foto : Kosmo

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …