Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Bantuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada penerima-penerima yang menetap di gugusan pulau-pulau Mersing.
Majlis berlangsung di perkarangan Jeti Pulau Tinggi, Mersing pada hari ini, 3 April 2024. Hadir sama adalah YBhg. Tuan Jamil Hasni Bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Allah Peliharakan Sultan.









