KONTRAKTOR BINA LEBUHRAYA PAN BORNEO LALUAN SIPITANG – LUMADAN DIMINTA UTAMAKAN KESELAMATAN PENGGUNA KETIKA FASA PEMBINAAN

SIPITANG (3 April): Kontraktor pembinan Lebuhraya Pan Borneo antara Sipitang – Lumadan perlu bersikap profesional melaksanakan kerja dan diperkemaskan dengan mengutamakan keselamatan pengguna.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk setempat dan pengguna mengenai masalah dihadapi ketika melalui fasa pembinaan lebuhraya ini.

“Saya lihat progres kotraktor dilantik begitu lambat dan kalau dilihat tarikh siap awal dari 2019 hingga sekarang sudah lambat,” katanya ketika ditemui media selepas Porgram Iftar di Surau Kampung Lumut dekat sini, semalam. Justeru itu, beliau meminta Kerajaan terutama Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses pembinaan lebuhraya ini.

“Harapan kami di Sipitang, pembinaan Pan Borneo di laluan ini siap mengikut jadual dan pada masa sama ciri-ciri keselamatan ketika fasa pembinaan itu dipertingkatkan misalnya simpang, tanda arah dan apa-apa juga yang menyukarkan rakyat seperti kerosakan jalan raya cepat diperbaiki,” katanya.

Yusof berkata, pembinaan lebuhraya Pan Borneo ini perlu disiapkan mengikut jadual disebabkan ia menjadi laluan utama warga negara Brunei, Indonesia dan penduduk negeri jiran Sarawak jika ke Kota Kinabalu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …