Juvana atau juvenil mengikut Kamus Dewan (2007) bermaksud anak muda yang belum matang atau budak-budk. Akta kanak-kanak 2001 menyatakan budak-budak atau kanak-kanak adalah seorang yang berumur di bawah 18 tahun. Sekiranya mereka terlibat dengan prosiding jenayah, kanak-kanak merujuk kepada seseorang yang di bawah umur 18 tahun dan sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 kanun keseksaan (Akta 574).
Sekiranya pesalah juvana telah melepasi usia 18 tahun, atau mana-mana pelaku jenayah yang berumur 18 tahun ke atas dan di bawah umur 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah pemenjaraan oleh mahkamah, mereka dikenali sebagai pesalah muda mengikut seksyen 2, Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Jenayah juvana masih kekal menjadi penyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia yang mana jika tidak dibendung boleh memberi kesan kepada pembangunan sosial, modal insan dan kesejahteraan negara. Faktor-faktor penyumbang utama jenayah juvana daripada perspektif dan pengalaman sebenar juvana adalah seperti berikut;
a. Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan adalah tunjang kepada kesejahteraan Masyarakat. Sekiranya keluarga bermasalah maka ia mendatangkan kesan negative kepada masyarakat.
b. Tahap ekonomi keluarga
Kesempitan hidup disebabkan peningkatan kos hidup turut mempengaruhi keterlibatan jenayah dalam kalangan juvana.
c. Pengaruh rakan
Terpengaruh dengan gejala negative melalui rakan.Faktor umur rakan juga turut memberi kesan.
d. Isu sekolah dan keciciran pelajaran
Isu disiplin seperti merokok, mencuri, merogl termasuklah menjual dadah semasa di alam persekolahan.
e. Kurang penerapan spiritual
Konsep spiritual adalah penting dalam pembentukan diri seseorang. Fahaman agama mampu mengawal tingkah laku individu dari melakukan perkara jahat dan menggalakannya melakukan perkara baik. Konsep ketuhanan merupakan system pengawalan yang efektif kerana manusia percaya mereka sentiasa dilihat dan diawasi. Nilai-nilai murni ini wujud dalam semua agama.
f. Faktor teknologi maklumat seperti gajet dan media sosial
Faktor teknologi maklumat, gajet dan media sosial juga telah dikaji dalam kajian ini sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada jenayah kanak-kanak.
g. Faktor kendiri
Masalah kendiri seperti tiada jati diri, degil, tiada matlamat hidup, tidak berfikir Panjang dan mudah dipengaruhi rakan turut menyumbang kepada salah laku jenayah.
SUMBER: INTERNATIONAL JOURNAL OF SOCIAL POLICY AND SOCIETY (IJSPS)