DBKK AKAN HANTAR AIR TERAWAT KE 19 KAMPUNG DI INANAM, MANGGATAL

INANAM (3 April): DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mengatur agar air terawat dihantar kepada penduduk luar bandar yang menerima air melalui sistem graviti, di 19 kampung dalam kawasan perkadarannya.

Jurucakap agensi itu berkata ia sudah menerima maklum balas bahawa individu-individu ini sedang bergelut untuk bertahan semasa musim kering di negeri ini.

“Ketua Kampung masing-masing menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana mengenai nasib masyarakat setempat mereka,” katanya.

“Kami difahamkan sumber air semula jadi, yang menjadi tempat bergantung penduduk terjejas, sama ada kering atau tiada air sama sekali akibat cuaca panas yang berpanjangan.”

Katanya, 12 daripada kampung itu, yang akan menerima bantuan daripada DBKK, terletak di Manggatal manakala selebihnya di Inanam. Antara kampung terlibat di Manggatal ermasuk Kg Tebobon Bukit, Kg Keliangau, Kg Mansiang, Kg Muhibbah Baru, Kg Dato, Kg Lobou Satu, Kg Lobou Aman, Kg Kepayan Baru, Kg Lanit, Kg Rakyat Baru, Kg Naalap dan Kg Binaung.

“Kampung di Inanam termasuk Kg Karumbiyaan, Kg Talimakas, Kg Kionsom Tengah, Kg Kiambalang, Kg Dambai, Kg Tenggiling, Kg Tamalang Silou.”

Katanya, agensi itu dalam proses mencari kontraktor yang boleh mengangkut bekalan ke kawasan berbukit di mana ramai penduduk luar bandar ini tinggal.

“Kami berharap untuk mendapatkan perkhidmatan pemandu tangki bersesuaian tidak lama lagi dan mula membuat penghantaran ini sebelum sambutan Hari Raya akan datang.”

Dia menasihatkan mereka yang bergantung pada sistem graviti di kawasan Sepanggar supaya membuat permintaan bantuan mereka kepada Ahli Parlimen Sepanggar.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut