TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP); Pelabuhan Tanjung Bruas dan Pulau Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata dua pelabuhan baharu di Pulau Melaka dan Tanjung Bruas dijangka akan memulakan pembangunannya pada tahun hadapan, sementara itu KLIP pula sedang dalam proses pembinaan.

“KLIP, Tanjung Bruas dan Pulau Melaka ini adalah antara tiga pelabuhan baharu, pada masa akan datang ia akan memperluaskan lagi bidang maritim Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Rasmi dan Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Melaka Bersama Warga Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur; Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah serta Ketua Eksekutif ALAM, Ts. Dr. Kapten S Manivannan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata pembinaan pelabuhan baharu itu bertujuan mengimbangi pembangunan ekonomi serta kelestarian alam sekitar selain pada masa yang sama mencerminkan fokus Kerajaan Negeri terhadap ‘Blue Economy’.

“Industri perikanan, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan marin serta pemeliharaan biodiversiti laut merupakan antara teras utama dalam usaha ini.

“Manakala terminal kapal persiaran (cruise) antarabangsa dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan bagi memudahkan kemasukan pelancong melalui kapal persiaran, yang telah berlabuh di Melaka sejak Mac lalu,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …