𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧: Syarat sah pemberian zakat adalah berniat dan mempunyai harta yang ingin dizakatkan. Justeru pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan qabul.
Berdasarkan pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.
Sumber : Lembaga Zakat Selangor