BULAN PUASA PUN ‘KENDURI’ DADAH

Seramai 26 penagih yang sedang seronok ‘kenduri’ dadah di dalam kebun sawit di Felda Jelai, Gemas, di sini ditahan polis dalam Ops Sarang, pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, tangkapan kesemua individu berusia 28 hingga 60 tahun termasuk seorang tokan dadah itu ditahan susulan tangkapan awal terhadap tiga lelaki di kawasan Felda sama.

Kira-kira jam 9.15 pagi selasa, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tampin melaksanakan Ops Sarang bagi menggempur sarang penagihan dadah di sekitar daerah Tampin terutamanya di kawasan Felda. Serbuan pertama pihak polis menahan tiga lelaki lingkungan umur 39 hingga 44 tahun di Felda Jelai.

Hasil pemeriksaan menjumpai enam paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 46 gram dan empat paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat 12 gram. Turut dirampas empat paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 20 gram dan empat paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat 10 gram.

Lanjutan daripada tangkapan itu, kira-kira jam 10 pagi pihak polis menyerbu pula ‘port dadah’ di kawasan kebun sawit Felda Jelai, Gemas dan berjaya menahan seramai 26 penagih termasuk tokan berusia dalam serbuan tersebut. Hasil semakan rekod jenayah terhadap tokan yang ditahan mendapati dia mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah.

Seramai sembilan penagih akan diambil tindakan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 memandangkan mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama. Hasil ujian saringan awal air kencing didapati kesemua suspek yang ditahan positif dadah jenis morphine dan methamphetamine. Kesemua suspek kini ditahan reman empat hingga tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(1), 12(2) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,020.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …