SITUASI SEMASA KES MALARIA NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU EPID 13/2024

Berlaku penurunan kes pada Minggu Epidemiologi (ME)13/2024 berbanding ME 13/2023 iaitu penurunan sebanyak 88.9%.

Namun begitu, langkah pencegahan perlu diambil serius bagi mengelakkan jangkitan malaria. Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:

  • Kenalpasti kawasan yang bermasalah malaria
  • Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang apabila keluar rumah terutama di waktu senja dan malam
  • Guna bahan penghindar nyamuk (repellent) semasa aktiviti memancing dan sebagainya
  • Makan ubat anti-malaria untuk pencegaham jangkitan malaria jika perlu, sebelum ke kawasan bermasalah malaria
  • Pasang jaring di tingkap dan lubang udara untuk mengelakkan nyamuk masuk
  • Guna kelambu berubat
  • Pastikan setiap permukaan dinding rumah dibuat semburan residu

Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan.

Sumber:KKM, JKNT

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut