HINDARI AJARAN SESAT, HANYA BERPEGANG TEGUH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH – SULTAN PAHANG

KUANTAN 2 April – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan umat Islam di negeri Pahang agar menghindari apa juga bentuk ajaran salah atau sesat dengan hanya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Paduka Baginda bertitah demikian selepas mendapat laporan mengatakan pengikut Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad kini mengukuhkan kawasan asal di Terengganu termasuk turut bertapak di Pahang.

Melalui risikan pihak berkuasa mendapati gerakan ajaran sesat Ayah Pin telah mula bertapak di Pekan dan Rompin, Pahang.

“Jangan sesiapa nak cuba mengelirukan keadaan walaupun dia belajar di mana sekali pun.. Kita hormat mana dia belajar tetapi di Pahang satu sahaja ajarannya. Kita berdasarkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

” Dulu ada satu kes bunuh pegawai penguatkuasa agama (berikutan kes ajaran sesat). Jangan biar berulang lagi.. atas nama Allah SWT kita semua bertanggungjawab,” titah baginda ketika persembahan Taklimat Pembangunan Daerah Rompin di Pejabat Daerah dan Tanah Rompin di sini semalam.

Paduka Baginda turut mengingatkan semua pemimpin setempat termasuk penghulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta pihak polis agar sentiasa cakna dengan masalah setempat.

 

Sumber: FB KESULTANAN PAHANG & Pahang Media

Artikel/Berita Terkini

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung. Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.  Hapuskan tempat pembiakan Aedes …

NAK GUNA LOGO HALAL PALSU?

𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔??​Peniaga dan pemilik syarikat, pastikan logo Halal yang anda gunakan adalah sah dan mendapat perakuan terus …

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …