PROGRAM REPATRIASI MIGRAN: KEBENARAN PULANG SECARA SUKARELA

Program Repatriasi Migran merupakan inisiatif Kerajaan kepada warga asing yang melakukan kesalahan imigresen tertentu untuk pulang ke negara asal secara sukarela dengan menawarkan kadar kompaun yang lebih rendah.

Program ini dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sepenuhnya TANPA PENGLIBATAN MANA-MANA PIHAK KETIGA. Program yang berasaskan pengampunan kepada PATI ini menyediakan platform untuk memudahcara PATI pulang ke negara asal secara sukarela. Pelaksanaan program ini juga bertindak sebagai satu mekanisme pembanterasan PATI dalam negara.

Elemen sukarela ini perlu diberi penekanan bagi memastikan hanya PATI yang hadir menyerah diri ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk pulang ke negara asal sahaja mendapat manfaat daripada inisiatif khas Kerajaan ini.

Tempoh pendaftaran bagi pelaksanaan program ini bermula pada 1 MAC 2024 HINGGA 31 DISEMBER 2024 IAITU BAGI TEMPOH 10 BULAN.

Ia adalah tempoh masa yang mencukupi untuk persediaan pulang secara sukarela. Mana-mana PATI yang sukarela pulang bersama keluarga juga mempunyai masa sebagai persediaan ke arah itu dan kerajaan amat menghargai kerjasama dari mereka agar memudahkan proses kembali ke negara asal.

Inisiatif ini juga secara tidak langsung akan memperbaiki stigma di kalangan PATI untuk pulang secara sukarela berbanding ditangkap dan diusir pulang melalui operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sumber : Kementerian Dalam Negeri.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …