PROGRAM IHYA RAMADAN MKN SABAH BERSAMA KOMUNITI KG. INDERASABAH, TAWAU

Indrasabah (23 Mac): Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah melalui pejabat Wilayah Tawau telah mengadakan Program Ihya Ramadan Bersama komuniti kampung bagi menyantuni dan memperkukuh hubungan bersama komuniti maritim & Pesisir pantai seperti Pengusaha Bagang, Nelayan, agensi keselamatan serta pemimpin masyarakat pelbagai bangsa di sekitar Inderasabah.

Program dirasmikan oleh YBhg. Datuk Noor Alam Khan Bin A.Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah. Selain itu, dalam program tersebut pihak MKN Sabah turut berpeluang Memperkenal konsep ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ kepada komuniti  yang bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Kg. Inderasabah (Pengkalan), Tawau.

Penglibatan pelbagai agensi seperti  Jabatan Penerangan Tawau, Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional Tawau, JK Masjid Al-Muhajirin (Inderasabah), Adabi Distribution Tawau, Petronas Dagangan Berhad, Jabatan Perangkaan Tawau & KRT Kg. Inderasabah dapat memeriahkan lagi program.

Selain sesi perkongsian daripada MKN Sabah, aktiviti lain juga turut di adakan seperti  Gotong Royong, Penyediaan agihan Bubur Lambuk Adabi sebanyak 1,500 cup yang diagihkan kepada warga tempatan dan agensi keselamatan, penyampaian sumbangan Wang Tunai Perbadanan Baitulmul Negeri Sabah kepada 30 orang golongan Asnaf, Sumbangan Persatuan Kebajikan Sedulur Bakul Makanan (5Kg Beras) kepada 60 orang penerima serta sumbangan produk Adabi dan setersunya Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih diakhiri tazkirah daripada Ustaz Ahmad Bin Sakky.

Program berjalan dengan baik dan sambutan komuniti sangat memberansangkan. MKN mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …