PEMANGKU SULTAN JOHOR ANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN NEGERI JOHOR SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, hari ini (23 Mac) mengurniakan darjah kebesaran negeri kepada tujuh individu, dengan empat bergelar Dato’ bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, KDYMM Sultan Ibrahim.
Mendahului senarai penerima darjah ialah Dato’ Dennis Muhammad Abdullah, suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Dato’.
Turut berangkat, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim; YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Tiga individu dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Dato’.
Mereka adalah Mejar (B) Dato’ Roslee Mardofee, Juruterbang Peribadi Sultan Johor; Brigedier Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima 7 Briged, dan Dato’ Ong Eng Leong, Pengurus Besar Mados’s Sdn Bhd.
Manakala, tiga orang Pegawai Daerah dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ), iaitu Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Segamat; Fizwan Dato’ Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai, dan Mohd Farid Kassim, Pegawai Daerah Tangkak.
Senarai penerima darjah telah diumumkan oleh Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor.
Mungkin imej 5 orang, motorsikal, skuter dan jalan
Mungkin imej 6 orang
Mungkin imej 12 orang dan Pejabat Oval
Mungkin imej 2 orang dan dais
Mungkin imej 3 orang
Mungkin imej 7 orang dan perkahwinan
Mungkin imej 10 orang dan dais
Mungkin imej 9 orang dan dais
Mungkin imej 7 orang, dais dan teks
Mungkin imej 8 orang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)      …

MANFAATKAN AI, MEDIA SOSIAL PELIHARA BAHASA DAN IDENTITI ORANG ASAL

KENANGAN: Ewon (empat kanan) merakamkan gambar kenangan semasa di majlis itu. KOTA MARUDU: Persatuan-persatuan etnik dan kebudayaan di negeri ini …