IMBAS KEMBALI SEJARAH ISTIADAT KEMAHKOTAAN KESULTANAN JOHOR

stiadat Kemahkotaan merupakan warisan tradisi DiRaja Johor untuk memperkasa dan memartabatkan darjat, kehormatan dan kebesaran Raja menaungi rakyat dan bukan diadakan dengan kuasa atau kehendak undang-undang.
Fasal 4 Bahagian Kelima Lembaga Aturan bagi perintahan Majlis Raja, Majlis Raja dan Agama 1922 memperuntukkan kemahkotaan boleh diadakan pada sebarang masa yang lapang selepas Istiadat Pemasyhuran.
Istiadat Kemahkotaan yang pertama berlangsung semasa pemerintahan
Almarhum Sultan Abu Bakar pada 29 Julai 1886, seterusnya Almarhum Sultan Ibrahim pada 7 September 1895 dan Almarhum Sultan Ismail pada 10 Februari 1960.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima era Johor Moden pada 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436H, selepas lima tahun dua bulan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.
Istiadat kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berlangsung dengan adat istiadat adunan budaya Melayu dan Barat, namun masih berlandaskan syariat Islam.
Istiadat ini unik kepada Johor kerana Kesultanan Johor merupakan yang pertama di Tanah Melayu untuk mengadakan mahkota secara fizikal dan istiadat pemakaian bagi Rajanya.
Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015 merupakan detik sejarah yang bermakna kepada rakyat jelata kerana ia diadakan 55 tahun selepas kemahkotaan nenda Baginda, Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
KREDIT RUJUKAN : Buku Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Johor oleh Kamdi Kamil dan Takhta Johor 10 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Johor oleh Royal Press Office.
Mungkin imej 11 orang dan teks
Mungkin imej 3 orang, dais dan teks
Mungkin imej 3 orang dan orang ramai
Mungkin imej 8 orang
Mungkin imej 4 orang dan orang ramai
Mungkin imej 2 orang
Mungkin imej 11 orang dan perkahwinan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …