Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang membuat kajian dan penelitian untuk memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial yang berkuat kuasa 24 jam dan Insurans Jangka Panjang (LTCI) bagi penjagaan warga emas. Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata usaha bagi menyokong agenda ekonomi ihsan Malaysia MADANI itu, bagaimanapun perlu mempertimbangkan pelbagai kekangan termasuk kos caruman setiap individu.