PATI DIKESAN PULANG KE NEGARA ASAL UNTUK BERAYA GUNA LALUAN TIKUS

KLANG, 16 Mac : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai menjadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengarahnya Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad berkata kawasan di utara Selangor, khususnya di sekitar kawasan industri perikanan merupakan antara lokasi tumpuan laluan masuk dan keluar secara haram disebabkan kedudukan geografinya yang terbuka dan hampir dengan perairan sempadan.

Beliau berkata risikan awal mendapati cubaan untuk keluar secara haram melalui lokasi berkenaan telah dikesan berlaku sejak awal Ramadan lagi.

Katanya bagi menangani pergerakan keluar masuk itu, APMM Selangor juga mendapatkan bantuan dari ibu pejabat untuk membantu dari aspek risikan memandangkan terdapat banyak lokasi berisiko yang dikenali pasti selain kawasan industri perikanan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jalinan Strategik Operasi Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan APMM Selangor, yang diikuti majlis berbuaka puasa dan solat tarawih bersama warga Kapal Maritim Bagan Datuk di sini, semalam.

“Kepada sindiket ini khususnya rakyat tempatan saya ingatkan jangan cuba libatkan diri, tindakan anda dipantau rapat…sebaiknya anda jadilah mata dan telinga kami untuk sama-sama membanteras kegiatan ini demi negara,” katanya.

Sementara itu Abdul Muhaimin berharap kerjasama erat antara APMM dan MKN dapat ditingkatkan terutamanya dalam aspek perkongsian maklumat bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah daripada berlaku di kawasan perairan negara.

Beliau berkata kerjasama strategik antara pihak berkuasa keselamatan ini telah menyumbang kepada kejayaan APMM dalam membanteras kegiatan jenayah, antaranya mematahkan cubaan penyeludupan dadah disyaki jenis syabu bernilai RM1.32 juta, awal bulan lalu.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …