PENYELUDUP LEKA ISI PETROL WAKTU SAHUR

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang penyeludup yang leka mengisi petrol di sebuah stesen di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa, di sini semasa umat Islam sibuk membuat persiapan bersahur pada awal pagi Sabtu.

Serbuan jam 3 pagi itu menahan suspek berusia 40-an bagi membantu siasatan. Selain suspek, tindakan ke atas pemilik stesen minyak juga diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua minyak petrol itu berada di dalam 27 tong jerikin. Nilai rampasan kesemua barangan termasuk kereta berjumlah RM11,383.75.

Hasil maklumat risikan mendapati suspek dikesan membuat pengisian minyak petrol di stesen minyak secara berulang kali melebihi kuantiti tangki tambahan dan tong-tong jerikin.

Kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan.

 

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …