DRAF KERJA RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DIGITAL 2023 TELAH DIRANGKA

DRAF KERJA RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DIGITAL 2023 TELAH DIRANGKA

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah merangka draf kerja bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata draf itu adalah titik permulaan bagi mengerakkan inisiatif penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 pada kadar segera dan selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azalina berkata perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu Berkaitan dengan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian Bil 2/2024 yang dipengerusikan oleh beliau bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Bangunan Parlimen hari ini.
Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …