KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Pusat Mengundi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Penyertaan beliau dalam proses pengundian awal ini mencerminkan komitmen serta kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai warganegara dalam melaksanakan hak demokrasi, selaras dengan prinsip dan amalan demokrasi berparlimen di negara ini.
Dalam pada itu, PDRM Kontinjen Melaka terus memperkukuh kesiapsiagaan dan komitmen bagi memastikan keseluruhan proses PRN Melaka Ke-16 berlangsung dalam keadaan aman, lancar dan teratur, dengan aspek keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan.
Sumber : FB Polis Melaka

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …